Sunday, September 28, 2008

Labuan FM

Sejarah LABUAN fm

UCAPAN PENGARAH PENYIARAN

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana Radio Malaysia Labuan kini dikenali sebagai LABUAN FM mengorak selangkah lagi ke arah globalisasi. Dengan wujudnya laman web ini membolehkan aktiviti atau siaran labuan fm dapat dilayari di mana-mana sahaja.

Sejak penubuhannya hingga kini radio Labuan FM terus berkembang pesat dalam semua bahagian baik daripada segi siarannya mahupun pentadbiran. Pihak saya mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang ingin menawarkan perkhidmatan, boleh disiarkan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Oleh itu saya berharap agar orang ramai terus mengikuti dan setia dengan siaran Labuan FM untuk mendapat maklumat di samping progran-program yang menghiburkan. Jutaan terima kasih dari kami warga Labuan Fm kepada pendengar-pendengar setia atas sokongan anda terhadap kami di sini. Kami sentiasa akan memenuhi citarasa anda semua
Setiap sokongan anda amat kami hargai.
Sekian

Puan Munah Madar
Pengarah Penyiaran LABUAN fm
munahmadar@rtm.net.my




VISI DAN MISI
VISI

Untuk menjadikan RTM badan penyiaran unggul negara yang terbaik di rantau Asia-Pasifik

MISI
  • Mendukung wawasan negara
  • Menyediakan rancangan untuk memenuhi citarasa audien
  • Menentukan perkhidmatan penyiaran bermutu tinggi
  • Menjadikan RTM berdaya maju dan menguntungkan
  • Bergiat cergas dalam penyiaran antarabangsa
  • Menjaga kepentingan anggota petugas

PIAGAM PELANGGAN RADIO MALAYSIA LABUAN

Matlamat kami melaksanakan tanggungjawab Jabatan Penyiaran Malaysia wilayah Persekutuan Labuan ini adalah berasaskan kepada matlamat penubuhan stesen radio yang berikut:
Membantu mempercepatkan proses penerapan nilai cintakan negara
Beroperasi sebagai 'Community Radio' yang menyebarkan maklumat dan penerangan, penggalak, memberi pendidikan dan penghibur kepada penduduk tempatan
Membantu mempercepatkan proses integrasi nasional dan kebudayaan nasional

Komitmen Kami:

  1. Mengendalikan siaran selama 18 jam sehari dengan pembahagian masa 16 jam siaran dalam Bahasa Malaysia dan 2 jam Bahasa Inggeris
  2. Berusaha menerbitkan rancangan yang menjurus ke arah matlamat mewujudkan masyarakat bermaklumat
  3. Menyediakan ruang secukupnya untuk membolehkan masyarakat pendengar melibatkan diri dengan program-program yang dirancang
  4. Memperbanyak dan memperluaskan skop liputan setempat dalam bentuk berita dan siaran luar
  5. Bersedia menerima pandangan dan teguran daripada masyarakat pendengar demi meningkatkan kualiti siaran

SEJARAH PENUBUHAN
  • Radio Malaysia Labuan ditubuhkan selepas 2 tahun 4 bulan Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dengan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 16 April 1984.
  • Ditubuhkan pada detik bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-29 iaitu pada 31 Ogos 1986.
  • Tapak stesen - kawasan seluas 3.19 hektar di Tanjung Taras - 3 km dari pusat bandar.
  • Memulakan operasi menerusi gelombang FM Stereo 102.9 MHZ menggunakan kontena yang diubahsuai menjadi bilik hubungan (konti).
  • Kendalian studio secara 'One Man Operational Conty'.
  • Memulakan siarannya selama 5 jam sehari, bermula jam 6 pagi, kemudiannya ditambah kepada 10 jam sehari pada 1.1.1992 dan berperingkat tambahan siarannya sehingga sehingga kepada 11 jam 15 minit sehari.
  • Pada 1.7.1996 Radio Malaysia Labuan berpindah ke bangunan barunya dan operasinya ditambah kepada 13 jam 15 minit sehari dan pada 1.6.2005 siaran RTM Labuan telah ditambah lagi kepada 18 jam sehari yang bermula jam 05:45 pagi hingga 12 tengah malam (00:00) . Pada 21.7.1994 frequensi telah ditukar kepada 103.7 Mhz dan saluran tambahan 89.4 Mhz apabila tertubuhnya Stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai pada tahun 2000.
  • Memulakan operasi dengan 10 orang kakitangan, seorang ketua stesen, 4 kakitangan Bahagian Rancangan, 4 petugas Bahagian Kejuruteraan dan seorang petugas Bahagian Berita Ehwal Semasa.

PERKEMBANGAN HINGGA KINI

  • Radio Malaysia Labuan beroperasi di bangunan baru sejak 1 Januari 1996.
  • Bangunan yang bernilai 1.3 juta ringgit ini dibina pada 24 Julai 1994 dan siap sepenuhnya lewat tahun 1995.
  • Bangunan ini menempatkan bilik penyenggaraan, pusat kawalan dan siaran luar, 2 buah 'One Man Conty', sebuah Studio Rakaman dengan Bilik Kawalan dan 2 buah Bilik Suntingan. Semuanya dilengkapkan dengan peralatan yang bernilai 1.5 juta. Kemudahan Bilik Hubungan, Suntingan dan Studio turut dilengkapi dengan Sistem Digital Berkomputer. Radio Malaysia Labuan sekaligus mencatat sejarah sebagai sebuah stesen radio di Malaysia diantara yang terawal menggunakan Teknologi Digital Berkomputer.
  • Pada 16 Jun 2005 Radio Malaysia Labuan dikenali sebagai LABUAN FM sempena penjenamaan semula yang di rasmikan oleh ahli parlimen Wilayah Persekutuan Labuan Yb Dato Hj Suhaili B. Abd Rahman
  • Kini Labuan FM memulakan operasinya selama 18 jam yang bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tgh malam dan mempunyai kakitangan tetap seramai 32 orang dan kakitangan kontrak seramai 15 orang.
KEMUDAHAN
  • Labuan FM mempunyai alat kelengkapan penyiaran dan penerbitan yang terkini yang setaraf dengan lain-lain stesen di Malaysia
  • Terdapat 2 buah konti, sebuah studio rakaman, 2 buah bilik suntingan audio, sebuah bilik MCR, sebuah bilik pemancar serta sebuah bilik suntingan video dengan dibekalkan 2 unit kamera video, sebuah peralatan mini link untuk tujuan penghantaran berita ke Angkasapuri.
  • Bagi konti-konti, studio rakaman, bilik-bilik suntingan audio dan video dibekalkan dengan peralatan penyiaran dan penerbitan campuran digital dan analog.
  • Pada tahun 2000, pihak jabatan telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan lagi keluasan sasaran siaran, Jabatan telah mendirikan sebuah stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai. Di stesen ini telah dibekalkan peralatan pemancar (analog) 2+2 Pemancar TV dan 6+1 Pemancar FM

Labuan FM
(Jabatan Penyiaran Malaysia)
Peti Surat 81311
Jalan Tanjung Taras
87023, Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-424209
Fax : 087-416658
Web Design by Bahagian Kejuruteraan Labuan fm

No comments: